My Soccer World

Wenger Terdesak Pulih Keyakinan

Posted on: November 25, 2008

LONDON: Arsene Wenger mengakui pertembungan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev meletakkan pasukannya dalam keadaan getir berikutan krisis dalaman kini melanda Gunners.

Sambil kejutan daripada kata-kata pedas dihamburkan William Gallas terhadap rakan sepasukannya masih dirasai oleh kelab utara London itu, Wenger tahu pasukannya tidak boleh menerima satu lagi kekalahan menentang Dynamo, esok.

Cara kekalahan 3-0 Arsenal di Manchester City, Sabtu lalu, yang hadir tidak sampai 24 jam selepas Wenger menggugurkan pemain pertahanan Perancis itu dan melucutkan lilitan kapten kelab daripada lengannya, memberi gambaran bahawa cabaran mereka yang meruncing musim ini mungkin ranap sama sekali.

Dengan hanya satu kemenangan daripada lima perlawanan pun sudah cukup teruk, Gallas pula membongkar perbalahan semakin teruk memecah-belahkan bilik persalinan Arsenal sekarang.

Arsenal kini berada dalam keadaan begitu terdesak mengatasi kemelut menyelubungi suasana di Stadium Emirates.

Walaupun kemenangan ke atas kelab Ukraine itu tidak mungkin memulihkan musim mengecewakan Arsenal tetapi sekurang-kurangnya ia memastikan kemaraan ke pusingan kedua dan seterusnya meningkatkan rasa yakin penyokong setia di Stadium Emirates.

Wenger merahsiakan sesi kaunseling bersama Gallas tetapi menegaskan krisis terbaru itu boleh dielakkan jika pemain lain terus mengekalkan keyakinan mereka.

“Dengan pasukan kuat berada dalam kelab yang kuat, anda ada masanya perlu melalui saat-saat seperti sekarang ini,” kata Wenger.

“Ia membabitkan cara bagaimana anda menangani situasi yang menentukan masa depan anda.

“Saya yakin kami perlu cuba menang perlawanan seterunya dan tidak meletak sasaran, dan lihat hala tuju kami selepas itu.”

Wenger tidak pernah terfikir mereka akan melalui musim seteruk ini tetapi dia enggan menyalahkan sesiapa dalam keadaan itu.

“Saya pernah melalui musim lebih buruk! Saya sentiasa meneliti diri sendiri selepas perlawanan walaupun kami menang,” katanya. “Kami tidak menyalahkan sesiapa di kelab kami dan kami berdiri teguh dengan penuh tanggungjawab.”

Memang kali ini, orang yang digelar Professor oleh penyokong yang kerap menyuarakan keyakinan betapa “Arsene serba tahu”, perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: