My Soccer World

United Terpaksa Lupakan Khidmat Berbatov

Posted on: November 25, 2008

BERBATOV (kiri) mengalami kecederaan pangkal paha ketika tugasan antarabangsa.

MADRID: Manchester United hilang khidmat penyerang tercedera, Dimitar Berbatov untuk aksi Liga Juara-juara Eropah, hari ini, ketika situasi tidak menentu juga masih membelenggu kelibat Cristiano Ronaldo.

United memburu misi jadi pasukan pertama menundukkan Villareal di gelanggang lawan pada Liga Juara-juara – kelab itu sudah dua kali terbabit dalam kejohanan tetapi belum kalah di tempat sendiri – dan jika skuad kendalian Sir Alex Ferguson mampu melakukannya, mereka akan mara selaku juara kumpulan.

Kedua-dua pasukan kini punya lapan mata, dengan Celtic dan Aalborg BK masing-masing tertinggal dua mata, dan ulangan seri 0-0 seperti berlaku di Old Trafford mampu membolehkan kedua-duanya layak ke peringkat kalah mati.

“Amat penting untuk muncul juara kumpulan seperti kami lakukan musim lalu, tetapi ia juga amat sukar,” kata tonggak benteng United dari Perancis, Patrice Evra.

“Villareal adalah pasukan hebat yang mempamer corak bagus dan lagipun tidak mudah untuk ke Sepanyol. Tetapi harap-harap kami mampu meraih kemenangan yang dimahukan.

“Saya tidak rasa tekanan tambahan selaku juara bertahan, tetapi saya rasa lebih tanggungjawab. Apabila bermain untuk Manchester United, saya fikir mudah untuk menang piala, tetapi untuk mengekalkannya nyata lebih sukar.”

United dipaksa seri 0-0 dengan Aston Villa hujung minggu lalu dan kekal lapan mata di belakang pendahulu bersama, Chelsea dan Liverpool, biarpun mereka beraksi kurang satu perlawanan, dan mereka berdepan masalah kecederaan sebelum ke Villareal.

Ronaldo terhincut-hincut meninggalkan padang ketika seri di Villa Park akibat kecederaan kaki dan Ferguson bimbang dia tidak sempat sembuh untuk perlawanan itu.

“Kakinya jelas tidak bagus. Dia belum pasti untuk perlawanan nanti,” katanya.

Berbatov, penjaring tertinggi kelab itu di Eropah dengan empat gol, mengalami kecederaan pangkal paha ketika tugasan antarabangsa dan dijangka tidak akan turut serta ke Sepanyol. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: