My Soccer World

United Tempang

Posted on: November 25, 2008


BERBATOV (kiri) dan Ronaldo

MADRID – Manchester United pincang menjelang aksi menentang Villarreal pada saingan bola sepak Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov hampir pasti diketepikan sementara keadaan Cristiano Ronaldo pula masih belum dapat ditentukan.

Semuanya gara-gara kecederaan yang dialami dua penggempur berbisa United itu.

Menyedari kepincangan itu, United tidak mahu memasang hajat besar pada aksi di gelanggang lawan itu.

Seri sudah memadai sekali gus membawa United melangkah ke pusingan kalah mati walaupun skuad Red Devils masih ada satu perlawanan lagi untuk diharungi.

Disebabkan itu, pengurus United, Alex Ferguson tidak mahu terlalu bergantung kepada kedua-dua penyerang itu untuk berada dalam kesebelasan utama.

Ronaldo mengalami kecederaan kaki ketika seri tanpa jaringan menentang Aston Villa Sabtu lalu.

“Kakinya mengalami kecederaan dan dia masih dalam keraguan untuk diturunkan Selasa ini (awal pagi ini),” kata Ferguson.

Berbatov pula mengalami kecederaan hamstring ketika bermain untuk Bulgaria pada perlawanan persahabatan antarabangsa Rabu lalu tetapi Carlos Tevez sudah bersedia untuk mengisi kekosonganitu.

Pemain pertahanan, Wes Brown juga tidak dapat beraksi manakala pemain tengah, Darren Fletcher berharap dia akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.

United dan Villarreal yang seri tanpa jaringan di Old Trafford September lalu masing-masing mengumpul lapan mata manakala Celtic dan AaB Aalborg berkongsi dua mata.

Jika United dan Celtic menang, Villarreal perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Jika kelab Sepanyol itu dan Aalborg pula yang menang, United selaku juara bertahan perlu menunggu sehingga ke perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: