My Soccer World

Podolski Angkat Kaki

Posted on: November 25, 2008

FRANKFURT: Luahan Lukas Podolski untuk meninggalkan Bayern Munich pantas mencetuskan gempar di dalam skuad gergasi Jerman itu dan paling parah, ia berlaku sehari sebelum menjelangnya pertemuan dengan Steaua Bucharest pada saingan Liga Juara-Juara.

Bayern memerlukan hanya satu mata untuk memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati. Selepas layak ke peringkat itu, mereka boleh meneruskan cabaran tanpa Podolski yang dikatakan tidak gembira bersama kelab sekarang sekali gus mendorongnya meluahkan hasrat untuk meninggalkan Bundesliga ketika saingan dihentikan ketika musim sejuk nanti.

“Saya sudah membuat keputusan dan saya mahu meninggalkan kelab ini ketika musim sejuk nanti,” kata Podolski kepada akhbar Bild. “Saya sudah memberitahu pengurusan kelab bahawa saya mahu pergi ketika musim sejuk nanti.”

Tidak ada sebarang reaksi dari Bayern.

Podolski menyertai Bayern selepas Piala Dunia 2006 dan disifatkan sebagai perpindahan paling popular Bundesliga dan masih mempunyai kontrak hingga Jun 2010. Tetapi dia tidak pernah melepasi status selaku pemain simpanan di Bayern walaupun sering mewakili Jerman.

Kehadiran bekas jurulatih Jerman, Juergen Klinsmann tidak langsung mengubah situasi Podolski. Klinsmann meletakkan Podolski sebagai pemain utama kebangsaan tetapi sering menempatkan pemain kelahiran Poland itu di bangku simpanan dan lebih gemar memilih Luca Toni dan Miroslav Klose.

Podolski tidak mampu melindungi rasa tidak gembiranya di Bayern tetapi ini adalah kali pertama dia meluahkan rasa kecewanya secara terang-terangan. Jika Bayern melepaskannya, penyerang berusia 23 tahun itu yang sudah meledakkan 31 gol sepanjang 60 perlawanan antarabangsa, dijangka pulang semula ke FC Cologne – jika kelab itu mampu untuk membayarnya.

Jumaat lalu, pengurus besar Bayern, Uli Hoeness mengumumkan bahawa kelab itu tidak merancang untuk mengambil atau melepaskan pemain. Satu pengecualian ialah kehadiran penyerang AS, Landon Donovan yang hadir menerusi pinjaman selama 2 1/2 bulan dari kelab Los Angeles Galaxy.

Klinsmann dan pengurusan kelab yang lain meminta Podolski untuk terus bersaing bagi menempatkan diri di dalam kesebelasan utama.

Podolski terlepas aksi Bundesliga Sabtu lalu akibat kecederaan tetapi disahkan kembali cergas.

“Kami berpeluang cerah layak ke kelompok 16 pasukan terakhir. Tumpuan kami ialah untuk perlawanan itu,” kata Klinsmann sebelum kenyataan Podolski didedahkan media.

Begitupun, Bayern dilihat tidak bermasalah untuk mendapat mata awal pagi esok. Mereka menang 1-0 di Bucharest dan Steaua tidak pernah menang sepanjang 12 perlawanan sebelum ini. – AP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: