My Soccer World

Milan Persia-Siakan Peluang Depan Mata

Posted on: November 25, 2008

TURIN, Itali – AC Milan mempersia-siakan peluang untuk mengekori rapat pendahulu Serie A, Inter Milan apabila seri 2-2 dengan Torino kelmarin.

Selepas Roberto Stellone meletakkan Torino (gambar) di hadapan pada minit ke-25, Milan bangkit untuk mendahului menerusi jaringan Alexandre Pato dan Ronaldinho.

Pato meledak gol penyamaan Milan pada minit ke-29 sebelum bekas pemain tengah Barcelona, Ronaldinho menjaringkan gol kedua Milan menerusi satu sepakan percuma dari luar kotak penalti enam minit kemudian.

Bagaimanapun, pemain tengah Torino, Alessandro Rossi kembali mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-78.

Sepakan penalti itu berpunca apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Milan, Kakha Kaladze.

Pemain Milan cuba mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Stefano Farina yang menghadiahkan sepakan penalti tersebut, namun ia tidak dipedulikan.

Sebelum itu, mereka turut kecewa dengan keputusan Farina apabila sepakan Ronaldinho terkena tangan pemain Torino, Francesco Pratali dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun Farina enggan memberikan sepakan penalti kepada Milan.

“Menurut peraturan, jika bola yang disepak terkena tangan selepas melantun daripada badan pemain lain, ia bukan satu sepakan penalti,” kata jurulatih Milan, Carlo Ancelotti.

“Selain daripada sepakan penalti itu, saya gembira dengan keputusan dalam perlawanan ini.

“Kami sepatutnya lebih agresif selepas mendahului lawan Apabila kami mendahului, kami perlu mengawal permainan dengan lebih baik.”

Keputusan seri ini menyaksikan Milan mengumpul 27 mata, tiga mata di belakang Inter yang menewaskan Juventus 1-0 Sabtu lalu.

“Kami cuba untuk mengekalkan rentak permainan ketika Milan lebih banyak menguasai bola’ Kami cuba mengatur strategi dan melancarkan serangan balas yang pantas,” kata jurulatih Torino, Giovanni De Biasi.

Sementara itu, Francesco Totti menjaringkan satu gol bagi membantu AS Roma menewaskan Lecce 3-0. – AP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: