My Soccer World

Krisis Kecederaan Real Kian Parah

Posted on: November 25, 2008

MADRID: Krisis kecederaan melanda Real Madrid tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan surut apabila penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menjadi mangsa terbaru menyebabkan jurulatih, Bernd Schuster bimbang ia menjejaskan peluang mereka mempertahankan gelaran liga Sepanyol.

Real mengatasi Recreativo Huelva 1-0, Sabtu lalu, untuk melonjak ke tangga kedua, tiga mata di belakang Barcelona yang seri 1-1 dengan Getafe, kelmarin, meredakan sedikit tekanan terhadap Schuster tetapi kecederaan yang agak ramai sudah mula menyebabkan jurulatih Jerman itu berasa runsing.

“Berita buruk bagi kami adalah Higuain tercedera pada pergelangan kakinya,” rungut Schuster.

“Saya berharap dia akan kembali bersama saya secepat mungkin kerana kami tidak dapat meneruskan cabaran dengan keadaan seperti ini (dengan terlalu banyak kecederaan melanda). Ia begitu banyak menjejaskan kami dan kami tidak dapat memberi cabaran pada keseluruhan bahagian serangan.

“Sukar untuk mendapatkan penjelasan kerana hampir semua kecederaan hadir melalui perlawanan. Kami tidak boleh berada dalam situasi ini pada November.”

Higuain, 21, adalah penjaring terbanyak Real musim ini dengan sembilan jaringan dan dijangka tidak beraksi untuk sekurang-kurangnya dua minggu yang menyebabkan Real kekurangan ketajaman bagi menghadapi perlawanan di BATE Borisov dalam Liga Juara-Juara.

Real bakal berdepan ujian sukar berikutan kecederaan melanda musim ini dengan penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy disahkan terkeluar sepanjang musim akibat kecederaan lutut.

Rakan senegaranya, Arjen Robben juga diketepikan akibat kecederaan otot paha manakala Mahamadou Diarra dan Fabio Cannavaro termasuk dalam senarai menjalani rawatan. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: