My Soccer World

Kemenangan Bersama

Posted on: November 25, 2008

SUNDERLAND: Pengurus West Ham United, Gianfranco Zola mengaku lega selepas jaringan Valon Behrami berjaya menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Behrami, pemain kebangsaan Switzerland, meledakkan gol tunggal pada babak pertama di Sunderland sebelum skuad Hammers itu bekerja keras bertahan untuk memastikan kemenangan itu, yang mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

Tetapi, pelawat terpaksa bertahan untuk tempoh lama dalam pertembungan di mana pemain Sunderland sekali lagi merasai padah kegagalan mereka menyempurnakan peluang.

“Kami memandang berat setiap persaingan – kadang kala kami terlalu serius, maka adalah normal jika kami mengalami sedikit kekecewaan. Keputusan ini akan melonjakkan semangat pemain,” kata Zola.

“Akhirnya, kami berjaya meraih keputusan yang amat penting selepas bekerja keras sekian lama. Kami melalui saat sukar dan kemenangan ini amat penting buat pemain – begitu juga pengurus.

“Mungkin ada kalanya kami berjaya mempamer aksi lebih baik namun gagal meraih apa-apa. Keputusan ini sesuatu yang kami fikir layak dimiliki berdasarkan pengorbanan yang dilakukan sebelum ini.

“Saya amat gembira mengenai prestasi pemain. Mereka amat hebat. Segalanya terpulang kepada mereka.

Jaringan kemenangan Behrami muncul di celah-celah dominasi Sunderland pada babak pertama, namun mereka gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang.

Sunderland mencipta banyak peluang sepanjang tempoh 45 minit babak pertama namun gagal disempurnakan dengan Djibril Cisse berdepan beberapa peluang terhidang dan tekanan mula memuncak selepas rehat apabila hilang arah.

Keputusan mungkin berbeza buat tuan rumah jika James Collins dikenakan hukuman kerana mengasari Cisse dan Kenwyne Jones. Kesalahan pertamanya dilakukan betul-betul di luar petak penalti sementara yang kedua, dalam kotak penalti.

Pengurus Sunderland, Roy Keane berkata: “Kami fikir ianya kesalahan untuk penalti, tapi tiada gunanya untuk saya terlalu memikirkan perkara itu.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: