My Soccer World

Gempur Madrigal

Posted on: November 25, 2008

MADRID: Manchester United dan Villarreal dilihat tidak berdepan masalah untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara tetapi tempat selaku pendahulu kumpulan menjadi taruhan apabila kedua-dua kelab bertemu di El Madrigal, awal pagi esok.

Penyandang gelaran, United mahu menjadi pasukan pertama yang menewaskan Villarreal di tempat lawan pada saingan Liga Juara-Juara – Villareal beraksi dua kali dalam saingan ini dan masih belum tewas di tempat sendiri – dan jika skuad Sir Alex Ferguson mampu berbuat demikian, mereka akan bergelar juara kumpulan.

Kedua-duanya mempunyai lapan mata manakala Celtic dan Aalborg BK mengumpul dua mata, dan jika pertemuan sulung yang menyaksikan kedua-duanya seri tanpa jaringan di Old Trafford berulang, dua kelab itu pasti ke pusingan kedua.

“Memang penting bagi kami untuk layak selaku juara kumpulan seperti tahun lalu tetapi ia bukan mudah untuk dilakukan,” kata pertahanan Perancis, Patrice Evra kepada laman web rasmi kelab http://www.manutd.com.

“Villarreal adalah pasukan yang bagus dan corak permainan mereka juga hebat. Bukan mudah untuk kami beraksi di Sepanyol. Kami berharap dapat menang seperti yang kami inginkan.

“Saya tidak tertekan (bergelar juara) sebaliknya rasa bertanggungjawab. Apabila anda beraksi untuk Manchester United, mungkin mudah untuk memenangi gelaran tetapi lebih sukar mempertahankannya.”

United terikat tanpa jaringan dengan Aston Villa hujung minggu lalu dan lapan mata di belakang Chelsea serta Liverpool walaupun masih ada satu perlawanan dalam tangan. Mereka juga berdepan masalah kecederaan menjelang pertemuan di Villarreal.

Pemain sayap dari Portugal, Ronaldo dikeluarkan ketika di Villa Park kerana kecederaan kaki dan Ferguson bimbang pemain itu tidak akan sempat pulih.

“Kakinya cedera. Dia belum pasti dapat diturunkan untuk saingan menentang Villareal,” kata jurulatih kelahiran Scotland itu.

Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov berdepan masalah hamstring ketika mewakili negaranya dan dijangka tidak beraksi manakala pertahanan, Wes Brown tidak boleh turun akibat kecederaan buku lali.

“Memang mengecewakan tetapi kami mempunyai pemain seperti Gary Neville, Rafael Da Silva dan John O’Shea,” kata Ferguson.

Villarreal turut berdepan masalah kecederaan membabitkan pemain penyerang, Jose Llorente dan Nihat tetapi pemain kelahiran AS, Giuseppe Rossi, 21, akan turun menentang kelab lamanya sebelum berpindah ke Villarreal pada Julai 2007.

Sejak musim lalu, Villarreal tidak pernah ditewaskan tetapi rekod cemerlang itu lebur Sabtu lalu apabila ditewaskan Valladolid 3-0 di El Madrigal.

Kekalahan itu membuatkan Villarreal berada di tangga ketiga, empat mata di belakang Barcelona dan jurulatih, Manuel Pellegrini mahu anak buahnya menumpukan perhatian untuk saingan Eropah.

“Ia hari yang buruk bagi kami,” kata Pellegrini. “Mungkin banyak alasan yang boleh kami kemukakan tetapi kami harus menumpukan perhatian. Lawan mengalahkan kami dengan mudah.

“Perkara penting sekarang ialah untuk menumpukan perhatian kepada Liga Juara-Juara,” katanya. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: