My Soccer World

Dari Penyanyi Ke Pengacara

Posted on: November 25, 2008

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

ALIF tidak meninggalkan nyanyian biarpun menyerlah dalam bidang pengacaraan.

Alif mahu kedua-dua bidang yang diceburi dapat bergerak seiringan

BARANGKALI ramai yang melihat Alif atau nama penuhnya, Muhamad Alif Mohd Satar lebih cenderung menjadi pengacara biarpun bermula dalam bidang nyanyian lantaran kekerapan wajahnya muncul di kaca televisyen menerusi program Remaja.

Dua karier berbeza buat remaja berusia 18 tahun yang dicungkil bakat menerusi program realiti nyanyian, One In A Million (OIAM) namun bagi Alif, kedua-dua memainkan peranan sama penting untuk memacu dirinya ke persada lebih meyakinkan.

Ditemui pada majlis pelancaran program realiti bola sepak, Super Soccer Star di mana Alif turut bertindak sebagai pengacara, anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini mahu kedua-dua cabang seni itu bergerak seiring.

Tidak mungkin membelakangi karier nyanyian meskipun bidang pengacaraan lebih banyak membantu mengukuhkan namanya, Alif sedang menyusun beberapa perancangan untuk terus memperkasakan popularitinya sebagai penyanyi.

Mungkin popularitinya tidak sehebat Faizal Tahir atau Suki sekali pun lahir daripada program pertandingan yang sama, Alif keras berusaha supaya lakaran awal perjalanan kerjaya seninya membuahkan hasil.

Percubaan terbaru, Alif bakal muncul dengan sentuhan daripada Amylea, Akan Tiba yang turut menjadi pilihan untuk dimuatkan sebagai lagu latar drama bersiri, Rona Roni Makaroni siaran Astro.

“Saya agak bertuah kerana jadual antara kedua-dua bidang ini tidak bercanggah. Macam untuk Remaja, rakaman hanya dibuat pada hari tertentu dan masa selebihnya saya tumpukan kepada aktiviti nyanyian.

“Hampir dua tahun saya menggalas peranan sebagai hos program itu di samping Juliana Evans, jadi tugasan itu sudah membuatkan saya semakin selesa dengan dunia pengacaraan,” kata Alif yang popular dengan lagu Khayal.

Meskipun belum berkesempatan untuk muncul dengan album penuh, bakat nyanyian Alif tidak terpinggir begitu saja selepas menamatkan OIAM apabila diberi peluang oleh Power Records untuk menghasilkan album mini.

Pemenang tempat ketiga OIAM musim pertama itu merakamkan empat lagu, di samping dimuatkan dua single memadai bagi Alif sebagai permulaan untuk menguatkan lagi namanya di ingatan peminat.

Gejolak jiwa remajanya juga membawa Alif mencuba cabang seni lain dan sejak drama bersiri, Dendam terbitan Asia Media Content, dia turut berminat untuk memperluaskan aktiviti lakonannya.

“Cuma sepanjang November ini, saya terpaksa lepaskan tawaran kerana perlu memberikan komitmen untuk rakaman Super Soccer Star.

“Ia menuntut masa yang banyak kerana saya tidak hanya bertindak sebagai hos, sebaliknya menjadi abang kepada peserta yang memburu impian menjadi pelapis bola sepak.

“Pencarian ini adalah satu sejarah dan pastinya, saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada detik penting program yang menawarkan hadiah cukup bermakna iaitu mengunjungi Akademi Latihan Chelsea FC di London,” katanya.

Membesar sebagai remaja aktif yang gemar bersukan, akui Alif, bola sepak bukan sesuatu yang asing buatnya dan apabila dilamar menjadi hos Super Star Soccer, pantas dia memberikan kata persetujuan.

Selain tertarik dengan konsep program yang jauh berbeza daripada program realiti sedia ada, Alif berkata, dia menerima tawaran itu kerana terlalu mengagumi pasukan bola sepak popular itu.

“Rancangan realiti kata orang, sudah menjadi darah daging dan yang seronoknya, saya akan terbabit 100 peratus kerana perlu berkampung selama sebulan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

“Komitmennya besar tetapi daya tarikan apabila dimaklumkan turut berpeluang ke Akademi Latihan Chelsea FC membuatkan saya lebih teruja untuk menggalas cabaran ini.

“Saya akui berbanding Remaja, Super Soccer Star agak mencabar terutama untuk mempertahankan mood bersukan itu kerana ia memerlukan intonasi yang betul untuk memberikan kesan kepada penyampaian,” katanya.

Mengagumi Chelsea FC kerana pernah menetap di United Kingdom selama dua tahun bersama keluarganya, membuatkan bola sepak sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Justeru, kata Alif, apabila ditawarkan untuk mengendalikan program realiti sukan bola sepak dia tidak berdepan masalah besar.

“Saya juga berasa seronok apabila diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema program ini dalam dua versi berbeza iaitu Melayu dan Inggeris, malah lagu itu turut dimainkan di United Kingdom kerana ia ciptaan komposer dari sana.

“Namun apa yang saya harapkan, menerusi program ini akan dapat melahirkan pemain muda pertama Malaysia untuk mencipta nama di Liga Perdana Inggeris dengan peluang yang besar ini,” katanya.

Super Soccer Star akan mula menemui penonton pada 7 Januari 2009 di RTM2 dengan memberi penumpuan kepada mencungkil bakat remaja berusia 13 hingga 16 tahun mencuba nasib untuk menjadi empat finalis yang terpilih ke Akademi Latihan Chelsea FC.

Program hasil gabungan idea gergasi hiburan British, Galleon Entertainment itu direalisasikan di negara ini dengan kerjasama Nafalia Corporation Sdn Bhd.

Profil

Nama Penuh: Muhammad Alif Mohd Satar

Panggilan: Alif

Tarikh Lahir: 19 September 1990

Umur: 18 tahun

Asal: Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Hobi: Berenang, menonton wayang dan melancong

Tinggi: 173 cm

Berat: 66 kg

Kerjaya: Pengacara, penyanyi dan pelakon

Rancangan TV dan Drama: Remaja, On Call dan Dendam

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: