My Soccer World

Chelsea Yakin Mudah Mara

Posted on: November 25, 2008

Rekod 10 kemenangan dalam saingan EPL taruhan Scolari

BORDEAUX: Chelsea mampu menjamin tempat di peringkat kalah mati Liga Juara-juara Eropah untuk musim ketujuh berturut-turut jika melakar kemenangan ke atas Bordeaux, hari ini.

Tetapi tuan rumah bersiap sedia untuk aksi dengan kesedaran betapa skuad bimbingan Luis Felipe Scolari kurang menyerlah kebelakangan ini dan kemenangan di Stadium Chaban-Delmas mampu membuka kembali saingan dalam Kumpulan A.

Apapun, pengendali pasukan itu menyuarakan rasa yakin mengenai prestasi hebat anak buahnya di gelanggang lawan selepas memenangi 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk tujuh daripada tujuh perlawanan musim ini.

“Ia adalah lebih mudah untuk merakamkan kemenangan di gelanggang lawan. Kami akan ke Bordeaux untuk mencari kemenangan dan memerlukan mata penuh di Perancis untuk layak ke peringkat berikut,” kata Scolari.

Bordeaux menanti pertemuan dengan enam mata, hanya mengekori AS Roma dengan kekurangan jaringan dan satu mata di belakang Chelsea ketika CFR Cluj dari Romania turut masih berpeluang dengan empat mata.

Andainya penentuan wakil kumpulan itu ditentukan pada aksi terakhir, Chelsea akan menanti Cluj sementara Bordeaux akan ke ibu kota Itali pada 9 Disember nanti.

Menilai prestasi kedua-dua pasukan setakat ini, tidak sukar menjelaskan mengapa skuad bernilai tinggi kendalian Scolari dianggap pilihan utama untuk menang.

Chelsea punya rekod domestik 10 kemenangan, empat seri dan hanya satu kekalahan dengan beza jaringan 28 gol untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Bordeaux pula di tangga keenam di Perancis dengan rekod tujuh kemenangan, empat seri dan empat kekalahan dengan beza jaringan hanya lapan gol.

Namun jurulatihnya, Laurent Blanc mampu menggunakan pengalamannya dalam liga England ketika bersama Manchester United sebagai asas dengan dia pastinya mengingatkan pemain bahawa Chelsea sudah pun kalah tiga kali dalam semua pertandingan musim ini. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: