My Soccer World

Scolari Akui Terpaksa Susun Strategi Baru

Posted on: November 24, 2008

LONDON: Luiz Felipe Scolari mengakui dia perlu memperbaiki pendekatan Chelsea pada perlawanan di laman sendiri selepas sekali lagi kecewa dengan seri tanpa jaringan menentang Newcastle.

Kelab berpangkalan di barat London itu kekal selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kegagalan Liverpool menumpaskan Fulham, kelmarin tetapi masih tidak memadai bagi Scolari dengan rekod dicatatkan di Stamford Bridge perlu dimanfaatkan untuk merangkul gelaran.

Chelsea kehilangan sembilan mata di laman sendiri musim ini – tiga keputusan seri dicatatkan ke atas Tottenham, Manchester United dan Newcastle dan tewas kepada Liverpool bulan lalu – dan hanyalah prestasi perlawanan di tempat lawan yang menghalang barisan Merseyside itu berada di puncak.

Sekali lagi kekecewaan berlaku di sini dengan barisan Newcastle mengukuhkan benteng dan mengecilkan ruang Chelsea melakukan percubaan.

Chelsea memiliki 70 peratus penguasaan perlawanan dan 24 percubaan dan tetapi Shay Given hanya bekerja keras menyelamatkan satu percubaan berbahaya dengan menolak keluar bola tandukan Frank Lampard pada minit kelapan.

Beberapa ketika agak membimbangkan pasukan pelawat apabila jaringan Jole Cole dibatal kerana ofsaid pada m-54 manakala Given nyaris terbawa bola melepasi garisan ketika menyelamatkan tendangan percuma Lampard – mereka terus selesa tanpa sebarang jaringan dengan Stamford Bridge separuh kosong ketika wisel penamat ditiupkan.

Pengurus sebelum Scolari mungkin akan mengecam aksi pemain lawan seolah-olah ‘meletakkan bas’ mereka di depan gawang sendiri demi memungut satu mata tetapi jurulatih kelahiran Brazil itu tampak telus ketika memberi pujian berbanding Jose Mourinho.

“Newcastle memang bagus, menakjubkan,” katanya. “Mereka beraksi untuk seri dan mereka berjaya meraihnya, satu juta peratus.”

“Mereka bukan bermain untuk menang tapi beraksi mendapat keputusan seri. Strategi mereka berhasil ketika kami beraksi untuk menang,” katanya. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: