My Soccer World

Real Makin Hampiri Barcelona

Posted on: November 24, 2008


SNEIJDER (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Sepanyol bertemu Recreativo Huelva di Stadium Santiago Bernabeu, kelmarin. Real menang 1-0.

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Bernd Schuster gembira dengan kedudukan dua mata daripada pendahulu liga, Barcelona selepas pasukannya berjaya menundukkan Recreativo Huelva 1-0 kelmarin, tetapi mengakui gusar apabila semakin ramai pemainnya cedera.

Jaringan Wesley Sneijder pada minit ke-39 selepas bola muntah di depannya membolehkan Schuster merakamkan gol ke-50 sewaktu dia mengendalikan kelab berkenaan dalam saingan liga selain meringankan tekanan yang dialaminya.

“Keputusan ini amat penting meskipun tidak begitu membanggakan andai melihat kepada segala peluang yang terhidang,” kata Schuster.

“Bagaimanapun, berita buruk kerana Gonzalo Higuain terseliuh. Saya harap dia akan cepat sembuh kerana kami tidak sanggup terus berdepan dengan perkara seperti ini (ramai pemain yang cedera). Ia amat menjejaskan kami dan kami tidak dapat bersaing di semua bahagian.

“Amat sukar untuk mencari satu penjelasan kerana hampir semua kecederaan itu berlaku sewaktu perlawanan. Kami tidak boleh berdepan dengan keadaan seperti ini pada November.”

Real melonjak ke tempat kedua mengatasi Villarreal, yang tewas 3-0 di gelanggang sendiri kepada Valladolid dan kini dipisahkan dua mata dengan Barcelona yang terus gah di puncak liga, meskipun pasukan Pep Guardiola masih berbaki satu perlawanan menentang Getafe. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: