My Soccer World

Peluang Nikmati Ketam Raja Alaska

Posted on: November 24, 2008

PUCHONG: Ketam raja Alaska (Alaskan king crab) antara menu lazat harus dinikmati jika anda berkunjung ke restoran Thirty Two Bistro N Bar di Bandar Puteri di sini.

Menariknya, pengunjung restoran berkenaan boleh mencuba keenakan daging ketam paling digemari itu pada kadar harga sangat murah berbanding tempat lain di negara ini.

Pengurus Outletnya, Redzul Radzon, berkata selain menikmati hidangan ketam raja itu, pengunjung pasti tidak akan kecewa merasai menu unik hasil gabungan masakan dari Timur dan Barat yang menjadi identiti restoran berkenaan.

“Ketam raja Alaska sememangnya terkenal dan paling sedap di antara semua spesies ketam dan bagi yang ingin mencubanya dialu-alukan untuk datang ke restoran ini. Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan iaitu RM20 untuk 100 gram dan saya yakin tidak ada tempat lain yang mampu menawarkan harga seperti itu.

“Selain itu, pengunjung patut mencuba pelbagai menu lazat kami antaranya masakan daging itik istimewa dipanggil Braised Herbal Duck Somun dan pasta kami yang disediakan pakar masakan kami,” katanya pada majlis pelancaran restoran berkenaan, semalam.

Menurutnya, beliau yakin restoran itu akan menjadi tumpuan ramai berikutan potensi pembangunan kawasan sekitar yang dinamik dan tersusun.

“Untuk jangkamasa panjang, saya yakin restoran ini akan membina reputasi tersendiri kerana kami satu-satunya restoran berkonsep makanan ‘fusion’ yang ada di Puchong.

“Sejak dibuka sebulan lalu, kami mendapat maklum balas positif pengunjung yang datang. Rata-rata mereka berbangga dengan kewujudan restoran ini yang menurut mereka mampu menjadi mercu tanda membabitkan makanan di Puchong,” katanya.

Redzul berkata, pihaknya bercadang menambah daya tarikan restoran itu dengan menyediakan persembahan daripada kumpulan muzik untuk dihidangkan kepada pengunjung dalam masa terdekat.

“Selain itu, bagi peminat bola sepak Inggeris terutama penyokong pasukan Liverpool di Puchong dialu-alukan datang ke sini,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: