My Soccer World

Madrid Akhiri Badi

Posted on: November 24, 2008

MADRID: Biarpun lega kerana berjaya mengelak daripada terus tersungkur, pemain Real Madrid mengakui kemenangan mereka dalam Liga Sepanyol masih belum cukup meredakan suasana tegang di kelab bergelut itu.

Kemenangan Madrid 1-0 ke atas Recreativo Huelva kelmarin menamatkan badi tiga perlawanan tanpa kemenangan yang menyebabkan jurulatih, Bernd Schuster menghabiskan sepanjang minggu melayan soalan mengenai masa depannya.

Persembahan di stadium Santiago Bernabeu yang dilabel sebuah akhbar Sepanyol sebagai “Kemenangan Sederhana” gagal meyakinkan pelbagai pihak prestasi pasukan itu semakin meningkat. Tekanan terus dirasai menjelang perlawanan penting menentang BATE Borisov dalam Liga Juara-Juara.

“Sudah tentu, tekanan adalah sesuatu yang normal. Anda tahu, kami perlu menang. Sebaik anda bermain dengan pasukan seperti Real Madrid, orang di luar sana mula bercakap,” kata pemain sayap, Royston Drenthe. “Bukan sesuatu yang mudah bermain bola sepak di sini, pemain di sana begitu kuat. Beberapa kekalahan akan menjadikan kedudukan semakin sukar.

“Tetapi inilah Real Madrid. Anda turun beraksi seperti yang biasa dilakukan, bukan seperti yang dikenali penonton tetapi seperti yang anda dan jurulatih mengenalinya,” katanya.

Siulan dan kibaran sapu tangan putih lebih ketara berbanding tepukan gemuruh di Bernabeu apabila juara dua kali Liga Sepanyol itu menang perlawanan itu untuk mengumpul 26 mata, dua mara di belakang pendahulu Barcelona.

“Ia bukannya permainan yang hebat,” kata penyerang Madrid, Javier Saviola.

“Ia bukanlah perlawanan yang menggembirakan penonton tetapi selepas perlawanan, kami di tempat kedua dan begitulah keadaannya,” katanya. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: