My Soccer World

Kritikan Terbuka Tidak Jejas Karier Gallas

Posted on: November 24, 2008

MANCHESTER: Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger menyatakan bahawa ketua pasukan, William Gallas masih mempunyai peluang untuk terus kekal bersama pasukan itu meskipun membuat kritikan terbuka yang mengejutkan terhadap rakan sepasukannya.

Gallas yang dilucutkan sebagai ketua pasukan, dikenakan denda pendapatan selama dua minggu dan digugurkan daripada barisan Arsenal yang tewas 0-3 kepada Manchester City, kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Wenger enggan membincangkan keputusan yang bakal diambil terhadap masalah disiplin pemain pertahanan Perancis itu namun menegaskan, minggu yang penuh dengan masalah itu bukan alasan persembahan buruk Arsenal di Eastlands.

Meskipun ada kerenggangan antara pengurus dan pemain, Wenger dengan tegas menyatakan Gallas mampu untuk kembali menyerlah di Stadium Emirates.

“Sudah tentu dia mempunyai masa depan bersama pasukan ini,” kata Wenger.

“Kami berdepan dengan masa yang sukar. Kami mempunyai kekuatan yang cukup untuk mengatasinya dan kami akan kembali kuat untuk menanganinya,” katanya.

“Tiada apa yang terganggu dengan kejadian sebelum perlawanan. Kami mempunyai fokus yang baik, konsentrasi yang baik dan saya percaya ia sesuatu yang membanggakan untuk Manchester City.”

Gol dijaringkan oleh Stephen Ireland, Robinho dan penalti lewat perlawanan yang disempurnakan oleh Daniel Sturridge, menjadikan kekalahan Arsenal yang kelima musim ini dan meletakkan barisan Wenger dalam keadaan sukar dalam perebutan takhta liga.

Namun pengurus dari Perancis itu enggan menidakkan cabaran pasukannya dan menegaskan sebarang analisis mengenai masalah pasukannya perlu disertai juga penilaian terhadap sumbangannya di samping pemain. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: