My Soccer World

Kos Cerai Bos F1 Cecah RM14 Bilion

Posted on: November 24, 2008


SLAVICA dan Ecclestone ketika bersama.

Isteri tekad akhiri perkahwinan 24 tahun

LONDON: Jutawan dan boss Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone, 78, berdepan kos perceraian tinggi yang mencecah sekurang-kurangnya ΰ2 bilion (RM14 bilion) berikutan pertikaian dengan isterinya, Slavica, 50, bertekad mahu menamatkan perkahwinan mereka.

Slavica, bekas model dengan ketinggian lebih enam kaki, berkata beliau sememangnya nekad mahu mengakhiri perkahwinan yang dibina sejak 24 tahun lalu.

Tindakan itu membolehkan Slavica, menuntut sebahagian besar empayar Ecclestone yang bernilai kira-kira ΰ2.4 bilion (RM16.8 bilion).

Sumber dipetik akhbar Daily Mail melaporkan, Slavica layak membuat tuntutan itu berdasarkan tempoh lama perkahwinan itu.

“Apa yang pasti, jika perceraian itu diteruskan, ia berkemungkinan besar menjadi perceraian paling mahal dalam sejarah undang-undang negara ini,” kata peguam perceraian, Julian Ribet.

Slavica bakal diwakili peguam, Liz Vernon daripada agensi Clintons di London yang sebelum ini menjadi tumpuan kerana berjaya membantu bekas isteri pemain bola, Ray Parlour mendapatkan tuntutan perceraian amat tinggi.

Perkahwinan Ecclestone dan isterinya itu dikatakan sudah tidak mampu diselamatkan lagi selepas Slavica, berpindah keluar daripada banglo mereka di Chelsea, ketika Ecclestone di Brazil menyaksikan kemenangan bersejarah Lewis Hamilton.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan Tamara, 24, dan Petra, 19, yang menetap di London.

Sebahagian besar kekayaan pasangan itu, termasuk bon bernilai ΰ1.9 bilion, sememangnya disimpan di institusi kewangan dan di bawah kawalan Slavica atas alasan cukai.

Seorang sumber firma undang-undang berkata: “Nilai tuntutan perceraian itu amat besar. Slavica sememangnya layak ke atas sebahagian kekayaan suaminya.”

Ecclestone yang memulakan kerjaya sebagai pelumba kereta, adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Pengurusan Formula 1 dan mempunyai pegangan saham dalam syarikat induk F1, Alpha Prema.

Ini sekali gus memberinya kuasa kewangan ke atas bidang sukan perlumbaan – sesuatu yang dimulakannya sejak akhir 1970-an. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: