My Soccer World

Ferguson Yakin United Boleh Kejar Chelsea

Posted on: November 24, 2008


PEMAIN Tottenham, Vedran Corluka (kiri) berebut bola dengan pertahanan Blackburn, Ryan Nelsen dalam saingan EPL di White Hart Lane, malam tadi. Tottenham menang 1-0.

BIRMINGHAM: Alex Ferguson menegaskan betapa cabaran Manchester United untuk menjulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih bernyawa di sebalik ketinggalan lapan mata kepada pendahulu carta.

Red Devils terlepas peluang terbaik untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Chelsea dan kelab tangga kedua Liverpool kepada hanya enam mata, dengan kelebihan satu perlawanan.

Tetapi selepas dua kelab teratas itu terdahulu seri tanpa jaringan, United mempamerkan persembahan hambar di Villa Park, kelmarin – gelanggang di mana mereka menang 11 kunjung sebelum ini. Mereka juga terikat seri tanpa jaringan kali ini.

Ia mungkin lebih buruk buat Ferguson jika bukan kerana pengadil, Chris Foy tidak melayan rayuan tuan rumah untuk sepakan penalti separuh masa kedua.

United yang menduduki tangga ketiga mungkin ketinggalan lebih jauh dalam saingan kejuaraan apabila mereka berkunjung ke Jepun, bulan depan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Kelab Dunia 2008.

“Kami akan ketinggalan dua perlawanan apabila tiba Januari. Tetapi saya berpendapat kami mampu untuk mengejarnya,” kata Ferguson mengenai jurang di antara United dan pendahulu liga.

“Jika kami dapat menghampiri kepada dua atau tiga mata dengan pendahulu apabila tiba Tahun Baru, ia pasti melegakan buat kami. Ia akan meletakkan kami dengan peluang terbaik.

“Ia tidak sukar, tidak dengan kelab kami. Kami berkemampuan memenangi banyak perlawanan dan semua orang tahu mengenainya,” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: