My Soccer World

Ferguson Belum Mengalah

Posted on: November 24, 2008

BIRMINGHAM: Alex Ferguson menegaskan Manchester United masih dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris meskipun ketinggalan lapan mata berbanding pasukan pendahulu.

Pasukan Red Devils terlepas peluang terbaiknya untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Chelsea dan Liverpool di tempat kedua dengan hanya enam mata, sambil beraksi kurang satu perlawanan.

Sebaliknya, selepas kedua-dua pasukan teratas itu seri tanpa jaringan dalam perlawanan masing-masing, United mensia-siakan peluang dalam perlawanan kelmarin di Villa Park, stadium yang mencatatkan rekod 11 kemenangan mereka di tempat lawan turut terikat tanpa sebarang jaringan.

Keadaan mungkin menjadi lebih buruk buat Ferguson jika pengadil, Chris Foy tidak menolak rayuan pasukan tuan rumah untuk penalti pada separuh masa kedua.

United yang menghuni tempat ketiga mungkin tersingkir jauh daripada buruan kejuaraan apabila mereka berangkat ke Jepun bulan depan untuk menghadapi Piala Dunia Kelab 2008.

“Kami akan ketinggalan dua perlawanan apabila kami kembali Januari nanti tetapi saya fikir kami mampu mengejar,” kata Ferguson mengenai jurang yang mungkin semakin melebar antara United dan pasukan pendahulu.

“Jika kami mampu merapatkan jurang kepada dua atau tiga mata berbanding pendahulu setibanya tahun baru, ia pastinya memuaskan hati kami. Ia akan meletakkan kami dalam peluang terbaik,” katanya.

United hampir menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam 22 perlawanan menentang Villa yang mencipta beberapa peluang terbaik.

Pemain tengah Villa, Ashley Young dua kali menguji penjaga gol United, Edwin van der Saar tetapi topik perbincangan utama dalam perlawanan itu ialah tindakan Foy tidak menganugerahkan sebarang penalti buat pasukan tuan rumah pada minit ke-59 selepas Nemanja Vidic menjatuhkan Gabriel Agbonlahor.

Dia sedang meluru ke arah gawang tetapi Vidic menarik baju penyerang England itu dari belakang sebelum kedua-dua pemain itu berguling dalam petak penalti.

Pengurus Villa, Martin O’Neill mendakwa Vidic sepatutnya dibuang padang.

“Ia keputusan utama dalam perlawanan itu,” katanya.

“Saya boleh memahami pengadil jika tidak pasti sama ada ia adalah penalti tetapi kesalahan menjatuhkan pemain membawa hukuman dibuang padang,” katanya. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: