My Soccer World

Benitez Kecewa

Posted on: November 24, 2008

LIVERPOOL: Rafa Benitez mengakui Liverpool tidak boleh gagal lagi di Anfield jika mahu memburu gelaran selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Benitez dan pemainnya melalui aksi mengecewakan selepas mencicirkan dua mata sewaktu seri 0-0 menentang pasukan pertengahan liga, Fulham, satu keputusan yang Benitez labelkan sebagai peluang ‘terlepas’ selepas mengetahui pencabar gelaran, Chelsea juga mencipta keputusan seri tanpa jaringan dengan Newcastle.

Liverpool kekal dengan mata yang sama bersama pendahulu, Chelsea tetapi Benitez tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya.

Ia adalah kali kedua Liverpool mencipta keputusan seperti itu musim ini kerana pasukan itu cuai mencicirkan mata daripada genggaman mereka menentang pasukan yang dijangka mampu ditundukkan di Anfield. Stoke turut membuat kejutan apabila seri dengan pasukan kendalian Benitez, September lalu.

Liverpool akan mendahului dengan keselesaan empat mata di tangga teratas liga jika mereka menewaskan Stoke dan Fulham, dan Benitez yakin skuadnya tidak boleh lagi mencicirkan sebarang mata di tempat sendiri.

“Ia satu hari yang teruk. Kami tidak bermain dengan baik. Kami tidak mempunyai tenaga mencukupi sejak daripada awal perlumbaan dan hantaran bola tidak cukup bagus,” kata Benitez.

“Pasukan lawan beraksi dengan baik dan banyak menguasai bola. Sekalipun kami bermain dengan teruk, kami masih mempunyai tiga peluang.

“Pada separuh masa kedua, kami bermula dengan baik dan mempunyai banyak peluang serta lebih agresif dan lebih bersemangat. Kami mampu menjaringkan gol tetapi sayang sekali, kami tidak mampu melakukannya.

“Kami berdepan kekecewaan dan kami tiba dalam bilik persalinan selepas perlawanan dan kami diberitahu Chelsea seri dan Arsenal tewas.

“Bagi kami, ia satu peluang yang kami lepaskan dan ia juga bagi Chelsea. Mereka akan memikirkan perkara yang sama. Kami berdua pasti berasa begitu kecewa.”

Salah satu daripada beberapa perkara positif bagi Benitez adalah prestasi Fernando Torres pada permulaan pertamanya dalam liga sejak mengalami kecederaan 5 October lalu akibat kecederaan.

Percubaan pemain antarabangsa Sepanyol itu dinafikan oleh tiang gol dan kelihatan seperti lebih mengancam berbanding rakan penyerangnya, Robbie Keane, yang mensia-siakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol bagi perlawanan kedua berturut-turut. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: