My Soccer World

Anelka Buka Pekong

Posted on: November 24, 2008

LONDON: Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka akhirnya mendedahkan sebab di sebalik tindakannya meninggalkan Arsenal adalah kerana penyokong Gunners tidak begitu menghargainya.

Penyokong Arsenal bagaikan tidak percaya apabila Anelka yang hanya melalui dua musim dalam Liga Perdana Inggeris, meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid dengan bayaran ΰ23 juta (RM134 juta) pada 1999.

Anelka mendakwa dia berang apabila mendapat tahu bahawa penyokong Arsenal tidak percaya bahawa dialah pemain yang menggantikan Ian Wright.

Semua ini berlaku apabila pemain Perancis itu menjaringkan sembilan gol pada musim pertamanya di Highbury dan 22 gol dalam kempen berikutnya.

Anelka juga membantu Gunners meraih gelaran berganda liga dan Piala FA pada 1998, menjaringkan gol dalam final Piala FA menentang Newcastle tetapi pemain berusia 29 tahun masih berasa dirinya tidak disayangi kelab berkenaan.

Dia memberitahu News of the World: “Ketika saya mula bermain musim itu, terdapat undian kerana saya mengambil alih tempat Ian Wright.

“Saya fikir peminat benar-benar mahukan saya dan gembira dengan saya. Tetapi sebaik melihat keputusannya di akhbar dan televisyen, ia benar-benar mengejutkan saya kerana usaha saya selama ini sia-sia.

“Saya fikir jadi itulah yang berlaku. Itulah caranya anda berterima kasih kepada saya. Baiklah, sekarang anda lihat apa akan berlaku. Saya akan bermain, menjaringkan gol dan ketika anda melaungkan Anelka, Anelka, itulah ketikanya saya akan berundur.

“Itulah yang saya lakukan kerana saya benar-benar berang dengan mereka,” katanya.

Anelka terpilih sebagai Pemain Remaja Tahunan PFA pada penghujung musim terakhirnya dengan Gunners dan penyerang Chelsea itu mengakui bahawa untuk memberitahu Arsene Wenger mengenai keputusannya untuk meninggalkan kelab itu adalah perkara paling sukar yang dilakukannya.

Katanya: “Saya tidak katakan yang saya malu, tetapi saya dapat rasakan sesuatu dan tidak berniat untuk memberitahunya secara berdepan bahawa saya ingin pergi.

“Ia umpama satu pengkhianatan. Saya tidak mahu memberitahunya kerana dia melambangkan sesuatu yang luar biasa dalam hidup saya,” katanya.

Anelka adalah penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 12 gol dan dia dilihat berpeluang meraih pingat kejohanan pertamanya selepas memenanginya bersama Arsenal 10 tahun lalu.

Sejak meninggalkan Arsenal, penyerang itu menyertai Real Madrid, PSG, Liverpool, Manchester City, Fenerbache, Bolton dan Chelsea dengan jumlah yuran perpindahan terkumpul sebanyak ΰ87 juta (RM507 juta). – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: