My Soccer World

City Tambah Derita Arsenal

Posted on: November 23, 2008

PENYERANG Chelsea, Florent Malouda (tengah) dihalang oleh dua pemain Newcastle United pada perlawanan Liga Perdana England semalam.

MANCHESTER CITY mendapat semangat baru.

Selepas melalui aksi yang agak terumbang ambing kebelakangan ini, skuad bimbingan Mark Hughes itu kembali mempamerkan kegarangan.

Semalam, kelab gergasi, Arsenal menjadi mangsa mereka apabila menang 3-0.

Kekalahan yang dialami oleh Arsenal itu bagaikan membawa petanda terhadap masa depan pengurus, Arsene Wenger di Highbury.

Sentuhannya sudah tidak menjadi dan Arsenal terus dihimpit malang walaupun pelbagai alasan diberikan oleh Wenger kebelakangan ini.

Pada aksi semalam, tidak banyak yang boleh diperkatakan dengan gaya persembahan yang dipamerkan oleh Arsenal.

Mereka tidak mempunyai sentuhan penyudah yang boleh menggegarkan gawang lawan.

Sebaliknya, mereka yang terkena apabila City menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-45 untuk membolehkan mereka mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Memang tidak dinafikan bahawa Arsenal juga memiliki beberapa peluang untuk meloloskan diri tetapi percubaan penyerang mereka belum cukup untuk menggugat kekentalan pertahanan lawan.

Pada separuh masa kedua, rentak permainan Arsenal tidak berubah dan mereka tetap buntu untuk mencari gol penyamaan.

Kebuntuan itu dipergunakan oleh City untuk menambah jaringan dan kali ini Robinho melakukannya pada minit ke-56 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Malam cemerlang City itu diteruskan dengan gol ketiga jaringan Daniel Sturridge menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.

Pada perlawanan lain, pendahulu liga, Chelsea sekadar seri tanpa jaringan dengan Newcastle United sementara Liverpool pula mencatat keputusan yang sama dengan Fulham.

Middlesbrough pula tewas 1-3 di tempat sendiri kepada Bolton sementara Portsmouth seri 2-2 ke atas Hull City.

Stoke City turut mencatat kemenangan apabila menang 1-0 ke atas West Bromwich. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: