My Soccer World

Hatrik Fabiano Buat Portugal Putih Mata

Posted on: November 21, 2008


FABIANO pamer kehebatan ketika berdepan Portugal kelmarin.

BRASILIA, Brazil – Penyerang kelab Sevilla, Luis Fabiano meledakkan hatrik untuk membantu Brazil membelasah Portugal 6-2 pada aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Kemenangan itu telah menyelamatkan jurulatih Brazil, Dunga yang gagal menghasilkan sebarang gol dalam tiga perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri pada kempen kelayakan Piala Dunia 2010.

Perlawanan itu juga mempertemukan dua pemain terbaik dunia, Kaka dan Cristiano Ronaldo.

Ketika Kaka melancarkan banyak gerakan di bahagian serangan Brazil, Ronaldo pula gagal berbuat apa-apa pada aksi yang berlangsung di Stadium Bezerrao, Brasilia.

Portugal bermula garang apabila menjaringkan gol pertama seawal minit keempat menerusi Danny tetapi Brazil hanya mengambil masa empat minit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Luis Fabiano.

Pada minit ke-24, Kaka berjaya mengelecek dua pemain pertahanan Portugal sebelum melakukan satu hantaran lintang untuk disudahkan oleh Fabiano.

Maicon kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-55 dan dua minit kemudian Fabiano melengkapkan hatriknya apabila bijak menyambar bola yang muntah daripada penjaga gol Portugal, Quim.

Simao Sabrosa merapatkan jurang pada minit ke-62 tetapi Elano kembali meletakkan Brazil di kedudukan selesa tiga minit kemudian selepas berjaya memperdaya Quim.

Gol keenam Brazil hadir menerusi pemain simpanan, Adriano yang masuk menggantikan tempat Fabiano. – AP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: