My Soccer World

Hughes Tekad Ubah Nasib Manchester City

Posted on: November 18, 2008


GEOVANNI (kiri) bersaing dengan pertahanan City, Tal Ben Haim pada aksi Liga Perdana England di Hull kelmarin.

HULL – Mark Hughes mengakui sudah tiba masanya untuk dia mengubah nasib Manchester City selepas skuad kendaliannya itu seri 2-2 menentang Hull City dalam kempen Liga Perdana England kelmarin.

Selepas City tewas tiga perlawanan berturut-turut, Hughes menerima tekanan buat pertama kali sejak dia mengambil alih kelab Eastlands itu.

Malah keputusan Ahad lalu juga telah menyebabkan mereka berada pada kedudukan merbahaya, hampir di zon penyingkiran.

Pada aksi kelmarin, selepas ketinggalan menerusi jaringan awal Daniel Cousin, dua gol daripada Stephen Ireland meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Tetapi pemain tengah Hull, Geovanni yang dilepaskan oleh City pada musim perpindahan Ogos lalu menghukum bekas kelabnya itu apabila menyumbat masuk gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Meskipun Hull bermula cemerlang pada penampilan pertama dalam kempen Liga Perdana England, City mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu mencatat kemenangan.

Tetapi Hughes berkata, berdasarkan persembahan yang dipamerkan, dia yakin mampu menyuntik kejayaan kepada skuad kendaliannya itu.

“Kami baru bermula, kami masih di peringkat awal dalam pembangunan dan ia mengambil masa,” katanya.

“Saya telah memberitahu minggu ini bahawa sepanjang perjalanan itu, kami pasti melalui kesakitan dan kami telah merasainya.

“Tetapi saya berharap dengan cara kami bermain hari ini, menjelang pertemuan menentang kelab terbaik, ia akan membantu kami. Saya yakin kami akan bermaind an mempamerkan apa yang boleh kami lakukan.” – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: