My Soccer World

Pencarian Bintang Bola Sepak

Posted on: November 15, 2008

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

HAMPIR 1,000 remaja dari seluruh negara hadir mencuba nasib dalam uji bakat program realiti terbaru pencarian bintang bola sepak muda, Super Soccer Star di ibu negara, baru-baru ini.

Program terbitan bersama Galleon dan Nafalia Corporation Sdn Bhd itu memilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai stesen penyiar rasmi rancangan berkenaan manakala Chelsea FC menjadi rakan bola sepak sedunia rasmi Super Soccer Star.

Selepas mencuri perhatian di barat, program berkenaan kini melebarkan sayapnya ke negara Asia dengan pengenalan di China sebelum muncul di negara ini.

Di Malaysia, siri realiti televisyen ini turut disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada sesi pra pendaftaran di Angkasapuri dan Padang PKNS, Kelana Jaya, bulan lalu, ramai remaja pelbagai bangsa dan lapisan umur memberanikan diri menempuh cuaca panas terik sehingga ke tengah hari, bagi menunjukkan bakat mereka bermain bola sepak di depan kamera.

Walaupun sesi terakhir bagi pra pendaftaran untuk siri realiti televisyen berkenaan hanya bermula jam 8.30 pagi, peserta sudah beratur seawal jam 7.30 pagi.

Biarpun berstatus amatur, bakat dan kemahiran bermain bola sepak mengejutkan dan mereka menaruh harapan tinggi menjadi pemain bola sepak idola remaja negara pada suatu hari nanti.

Peserta, Nor Aslam Soilib, 15, dari Cyberjaya, berkata, dia berminat mencuba di dalam rancangan itu kerana mahu memperkembangkan lagi bakat sukan bola sepak.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya itu meminta bantuan abangnya ke tempat itu.

Remaja yang gemar bermain di posisi tengah dan serangan ini berkata, dia gembira kerana keluarga menyokong minatnya.

“Bola sepak sudah sebati dalam diri saya dan jika ada rezeki, saya ingin menjadikan ia sebagai kerjaya pada masa depan.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan berharap dapat menjadi Super Soccer Star Malaysia yang pertama,” katanya.

Bagi Omar Asrab Ali, 15, dia dan rakannya tidak ingin melepaskan peluang sekali seumur hidup itu untuk mencuba nasib dalam rancangan itu.

“Saya dan rakan begitu berkobar-kobar untuk mencuba nasib dalam rancangan ini. Biarpun tidak meminati pasukan Chelsea tetapi kami tetap mengharap dapat dipilih untuk menjalani latihan di Akademi Latihan Chelsea FC di London,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf, berkata, pihaknya amat gembira dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Chelsea FC, Galleon Entertainment dan Nafalia Corporation Sdn Bhd untuk merealisasikan rancangan televisyen berkenaan.

Menurut Kamaruddin, rancangan TV Super Soccer Star mampu menarik minat penonton kerana ia mempunyai kombinasi tiga elemen iaitu hiburan, sukan dan realiti.

Sementara itu, program yang dibuka pendaftarannya pada pertengahan bulan Oktober lalu kini menerima sambutan hangat dengan penyertaan lebih daripada 4,500 orang remaja lelaki berumur antara 13 hingga 16 tahun.

Profil peserta dimasukkan ke http://www.supersoccerstar.com.my bagi undian orang ramai dan 300 peserta yang mendapat undi tertinggi akan bertanding di dalam program cubaan rasmi (try out) hari ini.

Aksi peserta ini dapat diikuti pada episod pertama rancangan itu pada jam 9 malam Januari tahun depan di TV2.

Empat peserta Super Soccer Star Malaysia ke peringkat akhir berpeluang menjalani latihan di Akademi Latihan Chelsea FC di London.

Juara rancangan ini akan memenangi peluang keemasan seumur hidup iaitu menjalani latihan di Akademi Latihan Chelsea FC di London.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: