My Soccer World

Witsel Hampiri Old Trafford

Posted on: November 14, 2008


LONDON – Pemain muda Belgium, Axel Witsel (gambar) mula membayangkan untuk menerima tawaran dari kelab Manchester United dengan bayaran perpindahan bernilai 15 juta pound (RM81.05 juta).

Pengurus United, Alex Ferguson sebelum ini menyuarakan keinginannya untuk bersaing dengan dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Valencia untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelab Standard Liege itu.

“Saya baru sahaja mendapat tahu mengenai minat United ini, namun saya tidak tahu banyak perkara,” jelas pemain berusia 19 tahun itu.

“Untuk masa depan saya, kami akan mengatur perbincangan dengan lembaga pengarah pada penghujung musim ini. Saya akan membuat keputusan selepas mendapat nasihat daripada bapa dan ejen saya.

“Arsenal, Feyenoord dan Real Madrid mahu mengikat kontrak saya apabila saya menyertai Kejuaraan Bawah 17 tahun Eropah pada tahun 2006. Bagaimanapun, ketika itu saya tidak mahu berada jauh daripada keluarga saya.”

Sementara itu, nasib berbeza dialami penyerang United, Carlos Tevez mengakui berasa bimbang mengenai masa depannya di Old Trafford.

Penyerang sensasi itu meluahkan perasaannya kepada Diego Maradona minggu lalu serta berasa kecewa apabila gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, Maradona berkata, “Tevez berasa bimbang, dia bukan menjadi pilihan utama dalam pasukan United. Dia terpaksa bersaing dengan pemain utama termasuk Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov,” jelas Maradona. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: