My Soccer World

Valencia Pintas Kedudukan Real

Posted on: November 11, 2008


JOAQUIN (bawah) meraikan gol jaringannya ketika Valencia menang 3-0 ke atas Getafe pada aksi Liga Sepanyol kelmarin.

MADRID – Valencia memintas Real Madrid di tangga ketiga Liga Sepanyol selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Getafe kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Valencia yang kini berkongsi 23 mata dengan Real hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Pada perlawanan kelmarin, Manuel Fernandes, Joaquin dan Vicente Rodriguez masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu Valencia menewaskan Getafe yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Roberto Soldado diarah keluar padang pada minit ke-45.

“Ia adalah satu kemenangan yang baik bagi kami kerana Getafe sangat hebat di tempat sendiri,” kata Joaquin.

“Ia sedikit selesa apabila kami menguasai perlawanan dan mereka kelihatan keletihan pada lewat perlawanan.

“Saya sungguh gembira dengan gol yang saya jaringkan. Saya menampilkan persembahan yang baik dalam perlawanan ini.”

Ini adalah pertemuan pertama kedua-dua kelab tersebut sejak Valencia menang 3-1 pada perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol tahun lalu.

Sementara itu, Villarreal berjaya melebarkan rekod tanpa kalah musim ini, sekali gus memberi tekanan kepada Barcelona selepas menang 2-1 ke atas Almeria.

Giuseppe Rossi meletakkan Villarreal di hadapan seawal minit pertama sebelum Jose Llorente melebarkan jurang pada minit ke-15.

Almeria berjaya merapatkan jurang gol menerusi Pablo Piatti pada minit ke-61.

Hasil kemenangan tersebut, Villarreal kini mengumpul 24 mata untuk berada di tangga kedua. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: