My Soccer World

Inter Jangan Harap Nasib

Posted on: November 11, 2008


LONDON – Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak terus bergantung kepada nasib sekiranya mahu mengekalkan kedudukan di tangga teratas Serie A.

Jaringan tunggal penyerang Argentina, Julio Cruz pada masa kecederaan menghadiahkan Inter kemenangan 1-0 ke atas Udinese kelmarin.

Keputusan tersebut menyaksikan juara bertahan itu kembali merampas takhta pendahulu selepas pencabar utamanya, AC Milan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Lecce.


MOURINHO masih tidak berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.

Begitupun, Mourinho mengakui, dia tidak mahu jaringan di saat-saat akhir menjadi satu tabiat kepada anak buahnya.

“Saya tidak begitu puas hati dengan aksi jentera serangan,” kata Mourinho.

“Pada minit terakhir kamu boleh kalah atau menang dan sepanjang tiga perlawanan, kami hanya menang dua kali dan seri sekali.

“Tetapi selepas ini mungkin lawan kami yang akan bernasib baik menjaringkan gol di saat-saat akhir.”

Minggu lepas, Inter menang 3-2 ke atas Reggina, hasil jaringan lewat Ivan Cordoba.

Tiga hari sebelum itu, Cruz sekali lagi menjadi penyelamat Inter apabila menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Anorthosis dalam kempen Liga Juara-Juara.

Begitupun, Mourinho tetap memuji semangat tidak mengalah yang dipamerkan anak buahnya.

“Ketika ini pasukan saya menunjukkan karakter sebenar mereka dan walaupun kami hilang idea, kami tetap tidak berputus asa,” katanya. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: