My Soccer World

Higuain Mampu Selamatkan Real

Posted on: November 11, 2008


HIGUAIN ledak empat gol ketika Real menang 4-3 ke atas Malaga Ahad lalu.

MADRID – Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid memerlukan seorang penyerang berwibawa bagi mengharungi kempen musim ini.

Pada musim panas lalu, Real telah kehilangan penyerang muda Brazil, Robinho yang berhijrah ke Manchester City.

Terbaru, juara Liga Sepanyol itu tidak dapat menggunakan khidmat Ruud van Nistelrooy yang mengalami kecederaan manakala Raul Gonzalez pula tidak berada pada prestasi terbaik.

Lantaran itu, kehadiran penyerang muda Argentina, Gonzalo Higuain dianggap tepat pada masanya.

Higuain, 20, menjaringkan empat gol termasuk dua sepakan penalti ketika Real menewaskan Malaga 4-3 pada aksi Liga Sepanyol Sabtu lalu.

Kemenangan itu juga telah membuka ruang kepada Real untuk terus memberi tekanan ke atas pendahulu, Barcelona.

Higuain menjadi pilihan jurulatih Real, Bernd Schuster dalam kesebelasan utama berbanding Raul.

Dia berjaya membalas kepercayaan Schuster apabila telah merekodkan sembilan gol musim ini.

Kini Higuain yakin dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar untuk Real.

“Saya tidak pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan dan ia adalah sesuatu yang menarik untuk melakukannya di Santiago Bernabeu,” kata Higuain.

“Mereka memberikan saya tanggungjawab yang besar dan ia adalah satu perasaan yang menakjubkan.

“Saya mengimpikan suasana ini sebelum datang ke Madrid.”

Higuain telah dibeli bekas jurulatih Real, Fabio Capello pada Januari 2007 daripada River Plate dengan bayaran berjumlah 13 juta euro (RM59 juta).

Dengan adanya Raul dan van Nistelrooy, Higuain terpaksa memanaskan bangku simpanan dan beraksi di posisi yang berlainan ketika Capello mengendali Real. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: