My Soccer World

Anderson Permata Baru United

Posted on: November 11, 2008


ANDERSON bakal ketuai jentera tengah United pada pertemuan menentang QPR awal pagi ini.

MANCHESTER, England – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin Anderson mampu menjadi pemain tengah berstatus legenda di Old Trafford.

Awal pagi ini, Ferguson akan mempertaruhkan pemain muda Brazil itu pada aksi pusingan keempat Piala Liga menentang Queen’s Park Rangers (QPR).

Ketika Ferguson lebih cenderung merehatkan beberapa bintang utamanya, Anderson dijangka memainkan peranan utama mengemudi jentera tengah United.

Selain Anderson, Ferguson juga dijangka menurunkan pemain muda sedang meningkat naik iaitu Jonny Evans, Rodrigo Possebon, Darron Gibson dan Danny Welbeck.

Begitupun Ferguson mengakui, Anderson adalah pemain yang mendapat lebih kepercayaan berbanding pemain muda lain yang dimilikinya.

“Anderson adalah seorang pemain yang mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding Roy Keane, tetapi apabila kamu lihat posisi tengah, kami hanya memiliki Paul Scholes yang akan menamatkan kariernya.

“Roy Keane telah meninggalkan kami untuk mencuba nasib menjadi pengurus. Jadi siapa seterusnya yang akan berfungsi untuk Manchester United?

“Kemudiannya pemain berusia 19 tahun itu datang (Anderson) dan kamu dapat lihat tahap persembahannya,” jelas Ferguson.

Ferguson menambah, Anderson, 20, yang dibeli dengan harga 19 juta pound (RM106 juta) dari Porto 18 bulan lalu mampu menjadi bintang baru United suatu hari nanti.

“Corak permainan kami telah bertukar sejak beberapa tahun yang lalu. Kami memiliki pemain yang mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding 10 tahun lalu.

“Pada hari pertama saya di kelab ini, mereka mengatakan bahawa Bryan Robson adalah terbaik. Saya mula mempercayainya kerana kami tidak boleh menang tanpanya.

“Kami perlu menukar mentaliti itu. Kini Anderson hadir bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah,” kata Ferguson.

– AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: