My Soccer World

Kekasih Dedah Ronaldo Gemar Berdandan

Posted on: November 10, 2008


CRISTIANO RONALDO dirakam ketika satu majlis anugerah di Zurich pada Disember tahun lalu.

LONDON – Bekas kekasih pemain kelab Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa pemain berkenaan terlalu mementingkan penjagaan kecantikan tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Model dari Sepanyol itu, Nereida Gallardo, 24, berkata, rahsia kecantikan Ronaldo adalah dengan memastikan dia tidak mempunyai bulu roma pada tubuhnya

“Dia suka badannya licin setiap masa dan akan menggunakan krim menanggalkan bulu.

“Dia juga akan menggunakan pelembap yang disapu di setiap bahagian tubuhnya sekurang-kurangnya dua kali sehari,” katanya.

Wanita itu turut berkata, Ronaldo memasang banyak cermin kerana mahu berjalan dengan dikelilingi dirinya sendiri.

Kata Nereida, Ronaldo meletakkan cermin di pintu , meja kopi dan tempat-tempat strategik.

“Dia suka melihat dirinya sendiri dan suka bermain-main dengan rambutnya.

“Dia mempunyai rambut kerinting tetapi mahu saya membantunya meluruskan rambut menggunakan alat pelurus rambut,” katanya.

Nereida turut menggelar Ronaldo sebagai pengecut selepas memutuskan hubungan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas lapan bulan bercinta.

Dia juga mendakwa ibu Ronaldo sebagai punca utama mereka berpisah dengan berkata: “Dia menghubungi Ronaldo setiap hari. Saya tidak akan terkejut jika kekasih barunya nanti akan dipilih sendiri oleh ibunya,” – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: