My Soccer World

Jaringan Cruz Selamatkan Inter

Posted on: November 10, 2008


ROM – Penyerang veteran Argentina, Julio Ricardo Cruz (gambar) muncul penyelamat Inter Milan apabila jaringannya pada lewat permainan menghadiahkan kemenangan 1-0 tuan rumah itu ke atas Udinese dalam aksi Serie A semalam.

Kemenangan itu membolehkan Inter memintas kedudukan Udinese di tempat kedua dan kini menghuni kedudukan teratas liga dengan 24 mata.

Pada aksi di Stadium Giuseppe Meazza itu, Inter yang turun dalam misi memburu tiga mata penuh gagal mencipta sebarang gol ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Begitupun, Cruz muncul wira tuan rumah itu apabila dia bijak memperdayakan pertahanan lawan untuk meledak gol kemenangan Inter pada minit ke-90.

Sementara itu, turut mencatat kemenangan ialah Juventus yang mudah membenam cabaran Chievo Verona 2-0 di Stadium Marc Antonio Bentegodi.

Bagi Juventus, kemenangan ke atas Chievo itu hadir hanya tiga hari selepas mereka melakar kejayaan bersejarah apabila membenam kelab Sepanyol, Real Madrid 2-0 pada kempen Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Pada aksi semalam, penyerang prolifik Juventus, Alessandro Del Piero sekali lagi menjadi wira pasukannya apabila meledak gol pertama pasukan pelawat pada minit ke-40.

Gol kedua Juventus hadir pada minit ke-54 menerusi Vincenzo Iaquinta. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: