My Soccer World

AS Roma Berhak Menang

Posted on: November 6, 2008


ROM – Penyerang AS Roma, Mirko Vucinic mengakui tiada apa yang mampu dilakukan oleh Chelsea untuk menghalang amukan pasukannya daripada memenangi pertemuan Liga Juara-Juara kelmarin.

Selepas jaringan pembukaan Christian Panucci, Vucinic meledakkan dua gol pada babak kedua untuk menewaskan The Blues 3-1 sekali gus melonjakkan kedudukan kelab Itali itu ke tangga kedua Kumpulan A.

Roma turun pada pertemuan itu dalam keadaan terdesak untuk mencari kemenangan selepas mengalami lima kekalahan berturut-turut dalam kempen Serie A musim ini.

“Setelah melihat cara kami bermain, saya yakin kami akan menang perlawanan ini tidak kira betapa hebatnya pemain lawan yang diturunkan,” kata Vucinic.

“Kami memiliki tenaga dan semangat yang menakjubkan sepanjang perlawanan ini.”

Kemenangan ini meredakan seketika tekanan ke atas jurulatih mereka, Luciano Spalletti yang dikritik hebat selepas menyaksikan pasukannya semakin menghampiri zon penyingkiran dalam saingan bola sepak Serie A.

“Kami memberi tentangan kepada mereka dengan cara yang terbaik,” kata penyerang antarabangsa Motenegro itu.

“Kami beraksi dengan hebat menentang sebuah pasukan yang hebat.

“Sebelum perlawanan kami katakan sesama sendiri yang kami hanya perlu diam dan menjalankan tugas sahaja.”

Vucinic dan rakan pasukannya juga berharap kejayaan ke atas The Blues ini menjadi pembakar semangat kepada mereka menjelang pertemuan penting dengan Bologna dan kelab jiran, Lazio.

Roma hanya menang dua dan kalah enam dalam sembilan perlawanan Serie A musim ini.

“Kami perlu terus berusaha keras. Kami perlu memastikan kejayaan ini akan diteruskan,” katanya. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: