My Soccer World

Real Madrid Tampil Penuh Rasa Dendam

Posted on: November 5, 2008


CANNAVARO tekad bantu Real kecewakan Juventus di Bernabeu awal pagi ini.

MADRID – Tonggak pertahanan Itali, Fabio Cannavaro menegaskan, Real Madrid perlu membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada Juventus pada aksi Liga Juara-Juara bulan lalu apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Bernabeu awal pagi ini.

Cannavaro yang meninggalkan Juventus dua tahun lalu menjadi mangsa ejekan peminat tuan rumah pada aksi di Turin dua minggu lalu yang menyaksikan Real tewas 1-2.

“Kami tidak boleh menerima kekalahan,” kata pemain berusia 35 tahun itu selepas Real seri 1-1 dengan Almeria dalam saingan Liga Sepanyol Ahad lalu.

“Kami perlu memenangi perlawanan seterusnya untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.”

Selepas tiga perlawanan, Juventus memimpin kedudukan teratas Kumpulan H apabila mengumpul tujuh mata diikuti Real dengan enam mata.

Kelab Belarus, Bate Borisov berada di tempat ketiga dengan dua mata manakala wakil Rusia, Zenit St Petersburg di tangga tercorot selepas hanya mengutip satu mata.

Selepas terlepas peluang untuk berkongsi kedudukan teratas Liga Sepanyol bersama Barcelona, Real kini perlu mencipta kebangkitan.

Jurulatihnya, Bernd Schuster mungkin akan menurunkan Christoph Metzelder di bahagian pertahanan bagi menggantikan Pepe yang mengalami kecederaan ketika menentang Almeria Ahad lalu.

Penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy juga masih berada dalam keraguan selepas dia mengalami kecederaan lutut pada aksi di Turin lalu. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: