My Soccer World

Redknapp Bawa Dimensi Baru

Posted on: November 4, 2008

REDKNAPP berjaya mengembalikan reputasi Spurs dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

LONDON – Darren Bent pernah membayangkan Tottenham Hotspur sebagai lokasi yang teruk untuk didiami sejak Juande Ramos mengambil alih tugas selaku pengurus kelab itu.

Penyerang Spurs itu juga mendedahkan bahawa Ramos gagal menguasai bahawa Inggeris dengan baik sehingga sukar berkomunikasi dengan pemain.

Menurutnya, kelemahan itulah yang berjaya diatasi pengurus baru Spurs, Harry Redknapp yang dilihat telah memberi dimensi baru kepada kelab dari White Hate Lane itu.

Tottenham berjaya mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan awal di bawah kendalian Redknapp termasuk kejayaan 2-1 membenam Liverpool pada aksi Liga Perdana England Sabtu lalu.

“Sejak berada di bawah Ramos, pusat latihan kami seperti tempat yang teruk untuk dihuni. Ia cukup buruk apabila Ramos meletakkan pemain di bangku simpanan hanya kerana dia tidak perlukan pemain itu,” jelas Bent.

“Perubahan yang dilakukannya hanya memberi kesan kepada pemain dan moral pasukan ini.

“Namun, sejak Harry hadir dalam kelab ini, setiap daripada kami seperti mendapat kehidupan baru.

“Dia mengalu-alukan kehadiran semua pemain dan saya fikir sikap rasa hormat ini perlu ditunjukkan kepada semua pemain. Dia memberi kepercayaan bahawa dia mempunyai barisan pemain terbaik.

“Berbanding dengan Ramos pula, dengan sentimen Sepanyol yang ada dalam dirinya, agak sukar untuk kami berkerjasama hanya kerana faktor bahasa.”

Juande dipecat minggu lalu selepas Spurs gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan, sekali gus menghuni kedudukan tercorot liga.

Begitupun, kehadiran Redknapp minggu lalu memberi kesan besar kepada prestasi Spurs apabila mereka berjaya mencatat dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan terakhir. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: