My Soccer World

Baihakki Kini Bergelar Suami

Posted on: July 25, 2008

OlehYusoff A. Rahman

LIMA tahun mereka menunggu detik yang bersejarah ini.

Tetapi setelah bergelar suami dan isteri malam tadi, pemain bola sepak Baihakki Khaizan dan pelakon Norfasarie Mohamed Yahya akan berpisah untuk satu malam selepas majlis persandingan di rumah lelaki Ahad ini.

Dengan restu isteri yang tercinta, Baihakki akan menyertai rakannya dalam skuad Singapura menetap di hotel sebagai sebahagian daripada persiapan pasukan negara menentang pasukan Olimpik Brazil di Stadium Negara pada Isnin ini.

Pasangan ini yang mula berkenalan dalam bulan puasa 2003 melalui bekas penjaga gawang Singapura, Rezal Hassan dan isterinya, Suhaila Sahari. Mereka yang kemudian menjalinkan ikatan pertunangan pada 1 April 2007 telah dinikahkan oleh ayah Norfasarie, Encik Mohamed Yahya, di Masjid Sultan malam tadi.

‘Jika pasukan lain saya mungkin mengundurkan diri daripada perlawanan. Tetapi bukan selalu Singapura menentang pasukan Brazil,’ jelas Baihakki, 24 tahun, sambil memberitahu wang hantaran kepada isterinya ialah $11,111.11.

Apabila ditanya tentang keputusan suaminya beraksi menentang Brazil, Norfasarie memberitahu: ‘Saya tahu ini adalah kerjayanya. Sebagai isteri, saya berdoa beliau dapat beraksi dengan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.’

Tetapi yang pasti, Norfasarie akan berada di tengah-tengah ribuan penonton di Stadium Negara Isnin ini.

Cyberita

Leave a comment

Blog Stats

  • 39,989 hits

Top Clicks

  • None

Categories