My Soccer World

Kesebelasan Utama Matlamat Shaiful

Posted by: Putera Emas on: June 1, 2008

BELIAU hanya menetapkan satu matlamat sebaik sahaja diundang untuk menyertai latihan Skuad Bola Sepak Nasional.

‘Saya ingin merebut tempat dalam kesebelasan utama suatu hari nanti,’ demikian pengakuan pemain pertahanan Pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC), Shaiful Esah.

Menurut Shaiful, salah seorang anggota Skuad Nasional Bawah 23 Tahun yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA Korat pada Disember lalu, undangan menyertai latihan Skuad Nasional bagi persiapan Piala Dunia merupakan suatu penghormatan bagi pemain muda sepertinya.

‘Ia merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pemain. Andainya anda dipilih dalam skuad terakhir, ia sudah merupakan semacam satu bonus. Jika disertakan dalam pasukan utama, ia lebih daripada mendapat bonus,’ jelas pemain yang turut berada dalam skuad bayangan menentang Bahrain malam ini.

Menyertai latihan di bawah bimbingan jurulatih nasional, Radojko ‘Raddy’ Avramovic, merupakan suatu pengalaman yang paling manis buat Shaiful kerana menurutnya, beliau dapat menimba banyak pengalaman.

‘Satu yang paling ketara ialah jurulatih (Raddy) inginkan komitmen yang tinggi, ini belum lagi disiplin dan kerja keras daripada setiap pemain,’ katanya yang turut akur bahawa beliau harus menyahut cabaran itu andainya ingin mendapat tempat dalam Skuad Nasional.

Namun apa yang jelas ialah Shaiful tidak kekok atau berasa segan berlatih bersama pemain senior.

Beliau kelihatan tenang ketika bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman.

‘Mujur saya mengenali sebahagian besar pemain daripada skuad senior kerana kami bermain dalam satu kelab atau pernah bermain di peringkat kumpulan umur. Jadi saya tidak begitu kekok,’ tambah Shaiful.

Anak kedua daripada keluarga tiga beradik, semuanya lelaki, Shaiful pernah mewakili negara bagi skuad Nasional Bawah 16 Tahun dan Bawah 18 Tahun ketika di bawah bimbingan R. Suria Moorthy dan Kim Poulsen.

Antara pemain seangkatannya yang kini berada dalam Skuad Nasional ialah Isa Halim dan Ismail Yunos.

Beliau juga pernah bermain dengan Khairul Amri dan Fazrul Nawaz.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Shaiful kini lebih berazam untuk merebut tempat dalam Skuad Nasional.

Cyberita

Leave a Reply

Blog Stats

  • 8,021 hits

  • Muhamma Helmi Bin Azman: PERSEMBAHAN MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PIALA AFF AMAT MENGHAMPAKAN. SEJAK TAHUN 1994, KEUPAYAAN SKUAD NEGARA TURUN MENDADAK. KEMUNGKINAN
  • mask man: please wenger buy new center down midfield!! you can see the weekness on arsenal team without it!!!!
  • www.fieldoflove.net: I think this is the responsibility of Wenger to put the club performance as a priority. It's a wake up defeat for Arsenal. Hopefully they can bounce

Top Clicks

  • None

Categories