My Soccer World

CYC Undang Masalah

Posted by: Putera Emas on: May 6, 2008


INSIDEN pergaduhan yang membabitkan pemain Malaysia dan PSV Eindhoven pada CYC tahun lalu. – Gambar hiasan

PENGANJURAN Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC) Ogos ini tiada ‘restu’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengundang masalah kepada penganjuran kejohanan sukan lain di negara ini.

Demikian jelas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam.

Katanya, penganjuran tanpa pengiktirafan badan induk sukan bola sepak negara itu boleh dijadikan alasan oleh pihak lain untuk turut menganjurkan sesuatu kejohanan sukan tanpa restu badan induk tempatan.

“Isu penganjuran Piala Juara-Juara Belia (CYC) ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana ia akan turut membabitkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya.

Azzuddin berkata FIFA mungkin bertindak ke atas FAM kerana membiarkan CYC diadakan tanpa restunya.

“Kita perlu melihat daripada sudut ini kerana ia memberi kesan kepada FAM dan mungkin kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, FAM tidak boleh berdiam diri dalam soal pengiktirafan ini kerana ia melibatkan sukan bola sepak yang sememangnya termaktub dalam perlembagaan FIFA.

Azzuddin mengesahkan FAM belum menerima sebarang surat untuk mengadakan mesyuarat dengan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama CYC yang baru, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas mahu semua pihak yang terbabit dalam penganjuran CYC menyelesaikan semua masalah sebelum 17 Mei ini.

“Kita akan hadir jika dipanggil bermesyuarat kerana sebagai sebuah persatuan sukan yang menerima dana dan bantuan daripada kementerian, FAM akan memberi kerjasama sepenuhnya serta cuba memberi nasihat yang betul tentang penganjuran CYC,” katanya.

Azzuddin menjelaskan bahawa CYC merupakan kejohanan tempatan (di dalam negara) dan bukannya kejohanan antarabangsa yang memerlukan penglibatan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Malah FAM tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dan memberi bantuan sepatutnya pada satu festival bola sepak di Sabah pada hujung bulan ini yang juga merupakan kejohanan anjuran AFC,” katanya.

Azzuddin berkata kejohanan Piala Antara Benua yang dijadualkan pertengahan bulan ini tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pihak penganjur tahu peraturan dan prosedur yang perlu diikuti untuk menganjurkan kejohanan di negara ini.

Isu ini tercetus apabila penganjur Gifted Group Limited bertindak menerima tawaran AFC untuk mengelolakan kejohanan itu sekali gus menafikan penglibatan FAM secara langsung dalam penganjurannya.

Edisi pertama CYC pada tahun lepas juga mencetuskan kontroversi apabila FIFA mengatakan wujud unsur penglibatan G-14 iaitu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf olehnya.

Kosmo

Leave a Reply

Blog Stats

  • 8,021 hits

  • Muhamma Helmi Bin Azman: PERSEMBAHAN MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PIALA AFF AMAT MENGHAMPAKAN. SEJAK TAHUN 1994, KEUPAYAAN SKUAD NEGARA TURUN MENDADAK. KEMUNGKINAN
  • mask man: please wenger buy new center down midfield!! you can see the weekness on arsenal team without it!!!!
  • www.fieldoflove.net: I think this is the responsibility of Wenger to put the club performance as a priority. It's a wake up defeat for Arsenal. Hopefully they can bounce

Top Clicks

  • None

Categories