My Soccer World

Mutu Sedia Gempur Belanda

Posted by: Putera Emas on: October 12, 2007

BUCHAREST – Penyerang Romania, Adrian Mutu mengetuai cabaran pasukannya dalam kempen bola sepak kelayakan Euro 2008 dengan keyakinan yang tinggi berbanding ketika dia terlibat dalam skandal pengambilan dadah ketika bersama kelab England, Chelsea.

Malah bintangnya kembali menyinar musim ini dengan kejayaannya mengumpul lima gol dalam aksi Serie A Itali bersama Fiorentina.

Malah dia sudah menjaringkan enam gol sejak beraksi dalam kempen kelayakan Kumpulan G bersama Romania, sekali gus menutup tempoh buruk sepanjang kariernya.

Mutu menyertai Chelsea pada tahun 2003 tetapi disingkirkan oleh kelab Liga Perdana England itu berikutan ujian positif pengambilan kokain terhadapnya. Dia turut digantung permainan selama tujuh bulan.

”Saya berasa begitu bangga ketika menyertai Chelsea.

”Namun saya hilang keyakinan sedikit demi sedikit dan penyertaan saya bersama kelab England itu ternyata begitu menyukarkan,” kata Mutu.

Perubahan kehidupan peribadi banyak membantunya mengharungi detik-detik sukar, apabila berkahwin dengan Consuelo Matos Gomez selepas perkahwinan pertamanya bersama aktres Romania, Alexandra Dinu menemui kegagalan.

”Keluarga saya ketika ini banyak membantu saya mencapai kemuncak prestasi saya sehingga menjadi kuat di atas padang berbanding ketika saya bermain untuk Chelsea,” kata Mutu.

”Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, saya terlibat dengan dadah tetapi kini saya berada dalam keluarga yang baik.

”Saya memiliki isteri yang hebat dengan dua anak. Kami sedang menanti satu lagi kelahiran anak ketiga.

”Kini baru saya sedar bahawa Mutu sebagai seseorang tidak penting tetapi apa yang dilakukan oleh Mutu di atas padang dengan kehidupan seharian lebih menjadi perkiraan,” kata Mutu.

Pemain berusia 28 tahun, yang berhijrah ke Fiorentina selepas sempat berada di Juventus, kini sudah pasti menjadikan kehadirannya dalam pasukan Romania begitu dirasai.

Jaringan 27 gol dalam 57 perlawanan untuk Romania, membantu pasukan itu berada di tangga teratas kedudukan kumpulan, berkongsi 20 mata bersama Belanda selepas lapan perlawanan.

Bulgaria menduduki tangga ketiga dengan 18 mata, bermain lebih satu perlawanan.

Menyedari tanggungjawab besar yang terletak dibahunya menjelang aksi Sabtu ini, Mutu berkata, dia menyedari bahawa dirinya begitu penting.

”Saya mahukan aksi hebat menentang Belanda. Ketika ini, semangat saya begitu tinggi dan berharap dapat menyumbat gol pertama Romania menentang Belanda selepas gagal dalam tiga percubaan,” katanya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Blog Stats

  • 8,021 hits

  • Muhamma Helmi Bin Azman: PERSEMBAHAN MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PIALA AFF AMAT MENGHAMPAKAN. SEJAK TAHUN 1994, KEUPAYAAN SKUAD NEGARA TURUN MENDADAK. KEMUNGKINAN
  • mask man: please wenger buy new center down midfield!! you can see the weekness on arsenal team without it!!!!
  • www.fieldoflove.net: I think this is the responsibility of Wenger to put the club performance as a priority. It's a wake up defeat for Arsenal. Hopefully they can bounce

Top Clicks

  • None

Categories