My Soccer World

Selangor Rampas Tampuk, Telekom Rebah

Posted by: Putera Emas on: February 18, 2007

TONGGAK muda Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal (kiri) merembat bola dan cuba dihalang oleh pemain Kuala Lumpur, V. Saysupalan dalam saingan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 2-1. – Gambar HAFIZ JOHARI.

KUALA LUMPUR – Selangor merampas tampuk sebagai pendahulu Kumpulan A setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Kemenangan itu memastikan Selangor meraih enam mata selain dibantu oleh keputusan seri apabila Perlis terikat 2-2 dengan PBT Pasir Gudang di Stadium Utama, Kangar.

Gol kemenangan Selangor dijaringkan oleh Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-87 setelah Kevin Lamey memberikan gol pendahuluan buat Kuala Lumpur pada minit ke-75.

Namun, Fadzli Saari berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringannya pada minit ke-78.

Perlis pula dikejutkan dengan gol awal pelawat hasil jaringan Suhaimi Samadi pada minit ke-13 tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Francis Kombe pada minit ke-27.

Bagaimanapun, Perlis tersentak lagi dengan gol pendahuluan Pasir Gudang hasil jaringan Tenbo Masauso pada minit ke-32 tetapi Joey Ryan Gundok menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.

Sementara itu, dalam satu lagi saingan semalam, Johor FC membelasah Telekom Melaka 4-1 di Stadium Jcorp.

Telekom Melaka yang mendapat suntikan semangat kehadiran jurulatih baru Wan Jamak Wan Hassan tidak mampu menghalang Johor FC meraih kemenangan berpesta gol.

Gol-gol Johor FC dijaringkan oleh Mohd. Azizan Baba (m-5), Walter Ariel Silva (m-27), Eddy Helmi Abdul Manan (m-59) dan Sahruzzahar Ali (m-69) manakala gol sagu hati Telekom Melaka menerusi Affendy Malik (m92).

Saingan Kumpulan B pula menyaksikan Melaka tampak semakin ampuh untuk mengungguli persada teratas apabila jaringan tunggal Richard Trivitzer seawal minit ketiga membantu menewaskan Negeri Sembilan 1-0.

Ini adalah kemenangan kedua Melaka untuk memungut enam mata daripada dua perlawanan.

Dalam pada itu, Terengganu turut cemerlang apabila menewaskan Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kemenangan itu memastikan Terengganu berada di tangga kedua di belakang Melaka, memperoleh gol menerusi Sharlie Line Miranda (m-35, m-71), Abdul Manaf Mamat (m-53) dan Zairo Anuar Zaki (m78).

Kumpulan C pula menyaksikan Sabah mengambil alih teraju selaku pendahulu apabila mudah menewaskan Sarawak 3-0 di Stadium Likas.

Turut meraih kemenangan ialah Perak yang membelasah pendahulu Liga Perdana, PDRM 4-1 di Stadium MPS Selayang.

Muhamad Khalid Jamlus, Keita Mandjou dan R. Surendren memahatkan gol-gol buat Perak.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Blog Stats

  • 8,021 hits

  • Muhamma Helmi Bin Azman: PERSEMBAHAN MALAYSIA DALAM PERTANDINGAN MEREBUT PIALA AFF AMAT MENGHAMPAKAN. SEJAK TAHUN 1994, KEUPAYAAN SKUAD NEGARA TURUN MENDADAK. KEMUNGKINAN
  • mask man: please wenger buy new center down midfield!! you can see the weekness on arsenal team without it!!!!
  • www.fieldoflove.net: I think this is the responsibility of Wenger to put the club performance as a priority. It's a wake up defeat for Arsenal. Hopefully they can bounce

Top Clicks

  • None

Categories